LABUAN: "Jaga diri, jaga kesihatan," kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Taibah Mahmud, 83, ketika menyantuni penerima bantuan dalam sebuah program bantuan miskin tegar di sini hari ini.
Ibu tunggal kepada enam orang anak itu jelas amat teruja apabila pemimpin nombor satu negara menyampaikan sendiri bantuan berupa barangan keperluan asas kepadanya.
"Terima kasih kepada Perdana Menteri kerana datang ke sini dan berjumpa dengan kami," katanya kepada Bernama pada Majlis Menyantuni Ketua Isi Rumah Miskin Tegar Wilayah Persekutuan Labuan di sini hari ini.
Perasaan sama turut dikongsikan Supri Mat Husin, 59, dari Kampung Lajau yang teruja dapat bersua muka dengan Anwar pada program itu.
Bapa kepada tujuh orang anak itu berkata Perdana Menteri turut menyampaikan pesanan sama kepadanya agar menjaga kesihatan, apabila beliau memaklumkan menghadapi penyakit kronik sejak dua tahun lepas.
"Kaki pakcik ini kena bisul, ada masalah penyakit kencing manis, mata pun ada kurang terang, jadi saya amat berterima kasih dengan bantuan ini melegakan perasaan saya yang sukar untuk bekerja, " katanya yang turut ditemani anak serta isterinya.
Bagi nelayan Rasnan Amat, 63, dari Kampung Sungai Butun amat bersyukur dengan bantuan yang diterima dapat meringankan perbelanjaan dapur bagi dirinya yang hanya berpendapatan RM650 sebulan.
"Pakcik cuma nelayan secara kecil-kecilan saja, bawa bot kemudian jual ikan dengan orang kampung atau ada permintaan daripada kawan-kawan," kata bapa kepada tiga orang anak itu.
Seorang nelayan Zaini Zanaiel, 55, dari Kampung Berdaun yang bekerja sebagai penangkap ikan berkata pada Disember yang kini memasuki musim tengkujuh turut mempengaruhi pendapatannya.
Katanya pendapatannya di bawah RM1,000 memang tidak mampu untuk menampung keperluannnya sekeluarga.
"Kalau musim tengkujuh, paling lama dua jam sahaja dilaut, macam sekarang sudah dua minggu tidak turun ke laut," katanya yang turut menjaga ibunya yang berusia 80 tahun.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 07 2023
Anwar (tengah) ketika menyempurnakan penyerahan bantuan pada Program Pembasmian Miskin Tegar Wilayah Persekutuan Labuan di Kompleks Ujana Kewangan hari ini. - Gambar Bernama
ABIM gesa rakyat bertenang, serahkan siasatan kepada PDRM
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menggesa rakyat untuk bertenang dan menyerahkan sepenuhnya siasatan serta tindakan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta pihak berkuasa berkaitan.
Keganasan terhadap pegawai polis, satu tindakan mengerikan
Membunuh, menyebabkan kecederaan yang teruk dan pencerobohan serta keganasan terhadap pegawai polis di balai polis adalah satu tindakan mengerikan dan kejam.
Measat, mudah Healthtech wujud Kiosk telekesihatan pertama
Melalui platform Sihat Xpress, penduduk kampung boleh menggunakan kiosk telekesihatan untuk memeriksa tahap oksigen, tekanan darah, suhu badan dan kandungan gula dalam darah, selain berunding dengan doktor secara dalam talian.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: KPN zahir ucapan takziah kepada keluarga mangsa
Ketua Polis Negara menzahirkan ucapan takziah buat ahli keluarga dua anggota polis yang maut dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram pagi tadi.
AWANI Ringkas: Siasatan termasuk bedah siasat | 47 penerbangan mendarat di Madinah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Wanita warga emas ditemukan meninggal dunia dalam rumah dilanda banjir
Seorang wanita warga emas ditemukan meninggal dunia di sebuah rumah yang dilanda banjir di Kampung Temerlok, Trong dekat Taiping, pagi tadi.
Pemuda dipenjara lapan tahun sebabkan kematian bayi teman wanita
Seorang pemuda dijatuhi hukuman penjara lapan tahun atas pertuduhan menyebabkan kematian bayi lelaki yang baru dilahirkan teman wanitanya.
Hapuskan terus Jemaah Islamiyah
Bersama ditalian, Prof Dato Dr Muhammad Nu Manuty Pengerusi IKIM.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: ABIM gesa rakyat bertenang, serah siasatan kepada PDRM
ABIM menggesa rakyat untuk bertenang dan menyerahkan sepenuhnya siasatan serta tindakan kepada PDRM serta pihak berkuasa berkaitan.
[TERKINI] Kawalan ketat di semua balai polis dan individu berprofil tinggi
Kawalan keselamatan di balai polis dan kawasan yang melibatkan individu berprofil tinggi termasuk istana akan dipertingkatkan susulan kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram awal pagi tadi.
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata langkah itu turut merangkumi keselamatan anggota polis dan individu berprofil tinggi termasuk menteri besar.
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata langkah itu turut merangkumi keselamatan anggota polis dan individu berprofil tinggi termasuk menteri besar.
Langkah Dubai: Anwar nasihat Tun M jaga kesihatan
"Jaga kesihatan", itu pesanan ringkas Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
'Jaga diri, jaga kesihatan' pesan PM kepada penerima bantuan miskin tegar di Labuan
"Jaga diri, jaga kesihatan," kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Taibah Mahmud, 83, ketika menyantuni penerima bantuan dalam sebuah program bantuan miskin tegar hari ini.
Hidup biar sihat, amalkan empat langkah ini!
Kita sering terbaca atau mendengar kepentingan gaya hidup sihat di kaca televisyen, majalah atau di radio. Ada yang berkata amalan gaya hidup sihat bermula dengan pemakanan sihat.